Rabu, 12 Disember 2012

Pink Velvet Cake
Bahan Kek:
250 gm tepung kek *
1/2 sudu kecil garam * (bahan * ayak)
113 gm @ 1/2 cawan butter
160 gm gula kastor
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
240 ml @ 1 cawan buttermilk
Pewarna Merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting:
250 gm cream cheese
115 gm @ 1 cawan gula kastor
100 gm butter
2 sudu besar susu segar untuk frosting yang agak lembut
Cara-cara:
1. Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dengan sukatan yang sama.
2. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
3. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1 - 2 minit.
4. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
5. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
6. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).
7. Dalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan hingga sebati.
8. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
9. Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
10. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan butter dan putar sehingga lembut. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga lembut lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
11. Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. Potong dan hidangkan.
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH LAKSA :-)
3 - 4 ekor ikan selayang (atau ikan kembong)
5 - 6 keping asam gelugor
2 camca besar cili kisar
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
2 biji bawan besar*
2.5 inci belacan*(*kisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN ULAM :-)
Taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
Timun, dihiris halus memanjang
Hirisan cili merah/cili hijau
Hirisan halus kobis @ daun salad
Hirisan halus bawang besar

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi Laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut, tos dan cuci)
Belahan limau kasturi
Telur, direbus dan belah dua
Sambal belacan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
1.     UNTUK KUAH :- Ikan direbus, asingkan air rebusannya. Asingkan isi ikan tadi dan tumbuk hancur. Tulangnya dikisar hingga halus dan tapis. Masukkan air rebusan, air dari kisaran tulang ikan yang telah ditapis dan air secukupnya ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
2.    Masukkan asam gelugor, isi ikan, daun kesom dan bunga kantan. Tuang air sedikit lagi jika perlu. Masak dengan api sederhana hingga mendididh. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap lagi dan rasa. Jika ok boleh matikan api.
3.    UNTUK PENYEDIAAN LAKSA ASAM :- Letak secukupnya mi laksa dalam bekas sesuai. Tuang kuah bersama isi2nya sekali (kacau dulu kuah sebelum dituang). Letak bahan2 ulam, 1/2 bahagin telur rebus, limau kasturi dan sambal belacan (jika suka). Hidangakn segera. Kalau suka boleh juga tabur dengan hirisan halus daun kesom......Penggsannnn >___<
Kek perkahwinan anak saudara, Mohd Helmi.
Kek harijadi anak rakan sekerja, Wan Asmanisah.
Kek perkahwinan anak saudaraku Nurin.
Kek harijadi anakanda tersayang Wan Nurul Afiqah pada usia 14 tahun.

Kek pertunangan anak saudara.
Assalamualaikum wbt.

Selamat melayari blog saya yang serba kekurangan ini, insyaallah saya akan memperbaiki dan mengemakini blog untuk memenuhi citarasa anda semua.

Terima kasih

Pn Kay